LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU
LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU
PELAN
ANTIRASUAH ORGANISASI
PELAN
ANTIRASUAH ORGANISASI
2024 - 2026
2024 - 2026
CETAKAN PERTAMA 2023
HAK CIPTA LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN
NEGERI TERENGGANU (LTAWNT)
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini
boleh diterbit semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga, sama ada cara elektronik, gambar
serta rakaman dan sebagainya tanpa kebernaran
bertulis daripada Unit Integriti, Lembaga Tabung
Amanah Warisan Negeri Terengganu.
Diterbitkan Oleh:
Unit Integriti
Lembaga Tabung Amanah
Warisan Negeri Terengganu
No 61 & 62,
Paya Keladi, Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu
Dicetak Oleh:
Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd
Lot Sk. 53, Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Nerus
PENGUKUHAN ASPEK GOVERNANS,
INTEGRITI DAN ANTIRASUAH
04
03
02
01
ISI KANDUNGAN
Ringkasan Eksekutif
Amanat Kepimpinan
Akronim
Latar Belakang
Visi & Misi LTAWNT
Isi & Cabaran
Penilaian Risiko
Bidang - Bidang Berisiko
Pelaksanaan Dasar Integriti
PENGENALAN
Visi dan Misi OACP
Bidang Keutamaan
Keutamaan Strategi
Inisiatif Bidang Keutamaan
10
12
Mekanisme Pelaksanaan
Mekanisme Pemantauan
Mekanisme Pelaporan
Mekanisme Penilaian
19
20
21
22
Kesimpulan
Penghargaan
Jawatankuasa Kerja OACP LTAWNT
KESIMPULAN
23
24
25
MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN
RASUAH
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)
Lembaga
Tabung
Amanah
Warisan
Negeri
Terengganu (LTAWNT) seiring dengan pelaksanaan
OACP
Pejabat
Setiausaha
Kerajaan
Negeri
Terengganu
(PSUK)
dan
Pelan
Anti
Rasuah
Nasional (NACP) 2019 - 2023 untuk meningkatkan
integriti, tanggungjawab dan ketelusan dalam
proses pentadbiran kerajaan.
Dokumen ini menggariskan tiga bidang keutamaan
yang memayungi beberapa objektif strategi dan
pelan tindakan secara keseluruhannya. Setiap
pelan tindakan yang dirangka mengambil kira
keperluan
kepada
pemantapan
integriti,
pengukuhan
governans
dan
pemerkasaannya
pencegahan rasuah. Pembangunan OACP LTAWNT
diharap
berupaya
membantu
membentuk
kakitangan
LTAWNT
yang
berperibadi
mulia,
berintegriti dan bebas rasuah.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan keizinanNya, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) telah
berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) LTAWNT 2024 – 2026. Pelan yang
telah dibangunkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) ini merupakan bukti kepada
keseriusan manifestasi dari komitmen LTAWNT dalam memastikan LTAWNT bebas daripada
sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa yang boleh memberi imej dan persepsi negatif
kepada LTAWNT.
Pelan yang telah dibangunkan ini merupakan satu pelan yang strategik dan menyeluruh yang
mana ianya telah mengambil kira risiko – risiko kelemahan dan ketirisan dalam aspek tadbir urus,
integriti dan rasuah di LTAWNT. Semua pihak di LTAWNT bertanggungjawab untuk memastikan
inisiatif – inisiatif dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Kerjasama dan sokongan semua pihak merupakan kunci utama bagi mencapai keberhasilan yang
dihasratkan. Sehubungan itu, saya menyeru semua kakitangan LTAWNT menyemai iltizam tinggi
untuk memastikan setiap dalam diri kita mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri – ciri moral
dan etika yang kukuh seterusnya dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran
tatakelakuan dan etika organisasi.
Adalah menjadi harapan saya agar Pelan OACP LTAWNT 2024 – 2026 ini mendapat sokongan
semua peringkat agar dapat membentuk organisasi yang bebas rasuah dengan warganya
membudayakan elemen ketelusan, akauntabiliti dan integriti.
Ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua pihak atas usaha gigih dan proaktif yang
disumbangkan dalam membangunkan pelan ini. Saya percaya melalui Pelan OACP 2024 -2026 ini,
misi dan visi OACP LTAWNT dapat direalisasikan dengan berpaksikan prinsip integriti, tadbir urus
yang baik dan toleransi sifar terhadap rasuah.
Sekian Terima kasih
YB DATO’ NARA SETIA
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI
AMANAT
KEPIMPINAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, Lembaga Tabung Amanah
Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) berjaya membangunkan Organizational Anti – Corruption Plan (OACP) LTAWNT
2024 - 2026 yang menyeluruh dan mencakupi semua aspek.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan pelan OACP ini. Saya
berbesar hati dengan hasil usaha dan komitmen serta kerjasama yang erat daripada kakitangan LTAWNT dalam menyahut
seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjayakan dasar antirasuah selaras dengan Pelan Antirasuah
Nasional (NACP) yang telah dilancarkan pada awal tahun 2019 dan sekaligus menyambut saranan Yang Berhormat Mulia
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
Matlamat pelan ini juga adalah selaras dengan objektif NACP iaitu meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan
dalam proses pentadbiran kerajaan sekaligus menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa selain
meningkatkan imej negara sebagai sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti.
OACP LTAWNT 2024 – 2026 ini dihasilkan dengan komitmen berterusan daripada semua unit dan seksyen di LTAWNT
untuk memperkukuhkan tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam kalangan kakitangan melalui pelaksanaan tindakan
mencegah dan proaktif sepertimana yang digaris di bawah pelan tersebut.
Justeru, dengan adanya OACP LTAWNT ini, seluruh kakitangan diseru untuk bersama – sama memastikan semua
kakitangan LTAWNT bebas daripada amalan rasuah. Dalam masa yang sama, aspek tadbir urus, operasi dan kewangan
dapat ditambah baik bagi memperlihatkan kakitangan LTAWNT berintegriti tinggi.
Melalui pelaksanaan pelan ini, kita perlu peka dan sentiasa memantau pelaksanaan program dan inisiatif yang telah
ditetapkan. Setiap perkara mempunyai kepelbagaian inisiatif dan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi menghasilkan
impak keberhasilan yang signifikan. OACP 2024-2026 ini akan menjadi wadah dan manifestasi oleh kakitangan LTAWNT
terhadap ketersediaan menggalas tanggungjawab dan memberi komitmen penuh dalam sistem penyampaian
perkhidmatan.
Akhir kata, saya menyeru seluruh kakitangan LTAWNT agar kita sama-sama dapat menghayati setiap inti pati yang
terkandung dalam pelan ini. Kita juga perlu memberikan komitmen penuh dengan menzahirkan setiap teras dan strategi
yang telah dibangunkan bagi memacu LTAWNT ke arah menjadi sebuah badan berkanun negeri yang sentiasa progresif
dan berdaya saing.
Sekian,
ENCIK NOR AZAM BIN A. RAHMAN @ YUSOF
SETIAUSAHA
LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU
Akronim
LTAWNT
OACP
NACP
JAR
UI
CRM
CRA
ISO
COBE
PSUK
SPRM
IIM
ABMS
IBR
CEIO
– LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU
– ORGANIZATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN
– NATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN
– JAWATANKUASA ANTI RASUAH
– UNIT INTEGRITI
– CORRUPTION RISK MANAGEMENT
– CORRUPTION RISK ASSESSMENT
– INTERNATIONAL ORGANIZATION FOR STANDARDIZATION
– CODE OF BUSINESS ETHICS
– PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN
– SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
– INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA
– ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM
– IKRAR BEBAS RASUAH
– PROGRAM PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH
PENGENALAN
“JANGAN SESEKALI PERNAH TAKUT UNTUK
MENCUBA, KERANA TANPA MENCUBA KITA
TIDAK AKAN PERNAH MERASAKAN
KEBERHASILAN”
MENGENAI LTAWNT
Lembaga
Tabung
Amanah
Warisan Negeri Terengganu
(LTAWNT) ditubuhkan melalui
Enakmen Bil. 2 Tahun 1990. Ia
dipinda
seterusnya
pada
tahun 1996 melalui Enakmen
Bil. 1 Tahun 1996.
Unit Pengurusan Pentadbiran
Unit Integriti
Unit Audit Dalam
Unit Undang – Undang
Unit Pengurusan Kewangan
Unit Pengurusan Harta
Unit Pengurusan Projek
Struktur LTAWNT terbahagi kepada tujuh (7)
unit iaitu
VISI
MISI
Menyumbang kepada pendapatan dan
pembangunan negeri melalui pengurusan
berstrategik harta dan dana tabung.
Mengurus pemeliharaan (preservation) dan
pertumbuhan (growth) harta dan dana secara
berkesan bagi pulangan maksimum.
ISU DAN CABARAN
Kelemahan sistem
pentadbiran
Kelemahan Kawalan
Dalaman
Penglibatan Politik
Konflik kepentingan
Unit Integriti LTAWNT telah menganjurkan Bengkel Analisis Data
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) LTAWNT 2024-2026. Tujuan
bengkel ini diadakan adalah untuk menentukan konteks dan
mengenalpasti risiko-risiko berkaitan tadbir urus, integriti dan
antirasuah yang berpotensi berlaku di LTAWNT.
Maklumat yang diperolehi adalah menerusi Borang Daftar Risiko
yang dianalisa oleh setiap pegawai bagi menentukan risiko yang
sedang/telah/akan berlaku. Maklumat analisis berkenaan telah
digunakan untuk menentukan inisiatif, agensi peneraju dan tempoh
masa pelaksanaan inisiatif.
PENILAIAN RISIKO